Saturday 20 July 2013

Bangkit lah !!!

Assalamualaikum ... Pada hari rabu yang lalu, sekolah Zah mengadakan program motivasi untuk pelajar Tingkatan Lima yang bakal menduduki peperiksaan SPM pada bulan November akan datang. Bagi Zah, program ini lain daripada program motivasi yang lain. Program ini dijalankan oleh bekas pelajar2 sekolah Zah yang telah berjaya dalam bidang pelajaran. Ada yang baru mendapat tawaran Ijazah malah ada yang sedang melanjutkan pelajaran pada
peringkat PHD. Setiap kelas dipecahkan kepada dua kumpulan dan dikendalikan sekurang - kurangnya dua orang fasilator. Fasilator untuk kumpulan Zah ialah senior Murshid dan Hilmi. Mereka mandapat keputusan all A's untuk SPM pada tahun 2011. Sangat mengagumkan. Mereka baru sahaja menghabiskan pengajian peringkat Asasi di UITM. Mereka mengatakan sudah menjadi lumrah hidup untuk seseorang itu menghadapi kegagalan. Walau bagaimanapun, kita mesti BANGKIT dan meneruskan perjuangan kita sebagai seorang pelajar. Seseorang yang tidak pernah menghadapi kegagalan serta sentiasa mendapat apa sahaja yang di kehendaki, akan berasa sangat kecewa dan mudah berputus asa kerana gagal mencapai matlamat mereka. Hal ini kerana mereka tidak pernah merasakan saat2 menghadapi kegagalan. Alangkah ruginya golongan ini. Zah juga mendapat info bahawa kejayaan seseorang itu hanya bergantung 5% daripada kecerdikannya, 8% daripada pencapaian lampau dan 80% usaha yang di lakukan sekarang untuk berjaya. Di dunia ini tidak ada pelajar yang pandai atau bodoh, yang ada hanyalah pelajar yang rajin dan malas. Konklusinya, kita perlu berusaha bersungguh-sungguh untuk mendapat keputusan yang cemerlang dan menjadi yang terbaik di antara yang terbaik. Hal ini kerana persaingan dalam bidang pelajaran semakin sengit terutama buat kaum Hawa. Lebih 75% jumlah para siswazah di universiti merupakan kaum Hawa. Baru2 ini kita di kejutkan dengan lebih 18,000 orang tidak mendapat tempat di universiti pada peringkat Ijazah walaupun mencukupi syarat. PM kita mahu mengkaji balik kes ini. Apa yang bakal terjadi kepada 18,000 orang tersebut ? Zah tertanya - tanya.. Ok lah, masa kian suntuk. Masih banyak lagi Zah nak perkatakan. Tapi Zah harus menoktahkan rencana. Masih banyak lagi mata pelajaran yang perlu Zah ulang kaji.


Wassalam ............  =)